Assalamualaikum, selamat sejahtera. So harini saya nak share sikit pengalaman dan tips serba sedikit menaiki kapal terbang ke Langkawi. Sebenarnya plan dengan sahabat saya ni dah lama since Jun 2019. Al maklumlah kita orang biasa2 yg selera tinggi ni kena la gigih simpan duit ye dak . hihi. Saya memang jenis yang semua benda nak well prepared termasuklah cara cara yaaa , macam mana nak buat tu, nak buat ni. Lagi lagi benda yang melibatkan undang2 dan duit ni haha. Kenapa saya mention duit? Jangan disebabkan kecuaian yg sedikit duit kita pon lesap dengan jayanya yaaa. haa tiberrr kan.
*FLIGHT TICKET*
Lepas je kami buat keputusan untuk ke Langkawi, kami sikit sikit menabung lah. Btw, yang bagusnya planning trip macam ni sebab kita tau yg sebenarnya kita ada je duit selama ni tapi manjang habis ke bukan bukan. So pada sesiapa yg broken ke apa ke cuba tanam kan hasrat untuk pergi travel sana sini and kumpul je duit korang. Series memang best gilaaa! So saya booked flight ticket awal, bulan 9. Kebetulan masatu Air Asia buat promo. Dalam 2 orang harga tiket RM380++ . Pada awalnya acacah nak backpackers je. Tapi saya tak dapat cari beg and last2 kitorang add on juga luggage 15kg dengan bayran tambahan RM35. so untuk pergi dan balik sekali total RM35x 2 = RM70. Lupa pulak btw saya ada add on untuk pick a seat sekali ya . Seat no 19A dan 19B. Flight balik pon sama.
*LUGGAGE*
Untuk sesiapa yang first time menaiki flight, korang memang kena take note untuk saiz luggage ya. yang dipanggil handcarry tu maksud nya luggage atau beg yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke cabin sahaja. Cabin tu yg kita boleh letak kat atas seat kita tu. Bukan suka2 ya, ada saiz dan berat dia. Berat tidak boleh melebihi 7kg. Boleh refer dilaman web Air Asia untuk detail saiz luggage yg dibenarkan. Untuk yg macam saya, saiz luggage besar, wajiblah add on untuk tambah luggage time nak beli tiket tu ya. Tapi jangan risau kalau korang dah beli tiket ttibe nak tambah luggage, boleh je tambah kemudian. clivk je dekat modify tu dan boleh pilih la berapa berat korang nak tambah. Available 4 jam sebelum waktu berlepas ya. Kalau dah last minit tu mmg dah tak sempat. So timbang siap siap ukur siap sipa luggage korang sebelum sampai airport. Sebab kalau nak tambah kg bila dah kat airport nanti harga dia sangat sangat sangatlah berganda ya. Masa pergi, backpack ni kosong cuma isi kasut je. Semua pakaian dalam, toiletries dalam luggage. Masa timbang berat luggage 11.06kg. luggage ni panjang dlm 60cm ke atas. Memang wajib sangatlah check in luggage.
 |
| Ni luggage dan satu backpack yg kami bawak. |
*TOILETRIES & MAKE UP*
Okay mesti ada yang pikir macam pergi camping je kan, bawa je botol2 macam biasa. huhu. Tapi tidak ya untuk siapa yang naik flight, dan cuma bawa hand carry. Ada limit dan peraturan untuk bawa cecair/ gel dan sebagainya. Untuk siapa2 yang hand carry, means (tiada check in luggage) korang tak boleh bawa cecair melebihi 100ml. So cara selamat, korang kena pack sikit2 dalam botol kecil2. Ada banyak jual dekat kedai2 dua ringgit tu.
 |
| Segala toiletries saya isi dalam ni. Tu pon tak habis untuk 3 hari. Save ruang kan ! |
 |
| Barang2 makeup actually yang duduk dalam ni. Hehe |
*STEP BY STEP*
Dah settle bab packing, so masanya untuk berangkat lah hehe. Benda pertama of course lah beli tiket kan. Kita boleh check in online (14 hari sbeelum tarikh berlepas diorang dah open) / boleh self check in dekat airport terus. Okay, flight saya jam 8:45am. Saya stay dekat Kapar, ke airport makan masa dalam 1jam macamtu. Saya mula perjalanan naik kereta (kawan hantar) jam 5pagi tepat. Sampai airport dalam 6pagi. Terus pergi ke pintu pelepasan. Tengok screen besar dekat atas. Check no flight , dan tengok kaunter mana. Saya di kaunter S. KLIA 2 memang besar sangat, shopping mall semua ada dalam tu. So kitorang pon pusing2 cari kaunter S. Kat situ ade self check in kiosk. Masatu saya dah check in online. Saya cuma perlu touch screen and select reprint boarding pass. Masukkan no booking , dan dia akan terus keluarkan boarding pass. Pada siapa yg takde check in online, boleh terus ke kiosk, select check in. masukkan no booking dan dia akan keluar nama . kalau dua org, kene select dua dua nama and confirm. kat situ ada laa dia tanya ada bawak barang terlarang ke apa ke. semua ikut je and dia akan ada tanya untuk check in luggage? kalau ada, tekan yes dan masukkan berapa banyak luggage yang kita ada. dan dia akan print tagging lugagge. Cara lekatkan dia ade arahan kat situ . Tapi apa apa masalah yg kita tak tau, boleh panggil staff yg bertugas. Diorang sedia membantu :)
Dah settle tagging luggage, dah print boarding pass, boleh ke kaunter untuk check in luggage. Kauter tu pon semua kene buat sendiri. Letakkan luggage dekat atas penimbang, kita boleh tengok berapa berat luggage kita. So mcm saya ambil 15kg, bila check in luggage cuma 11.05kg. selamat lah. tapi masa kitorang balik luggage terlebih 0.05kg :P haa keluarkan sweater and letak semula. jangan risau ya, yg penting masa kita mencukupi, insyaallah mudah hehe.Bila timbang lugagge pon dah okay, scan boarding pass kita. (siapa yg ada add on luggage tu lah) then baru scan tagging luggage. dalam kiraan 3,2,1 say bye bye to your luggage :D
Next, kami terus ke ruang penerbangan domestik. Sebab kami cuma flight dalam negara sahaja. Siapa yg ke luar negara kene pergi ke penerbangan antarabangsa lah. Kat sini korang semua kena sedia kan boarding pass dan IC awal2 ye. Kena pegang sendiri. And kat sini boleh je bawak masuk air jangan risau. Masa ni jacket kena buka, backpack, carry on luggage, handphone, jam tangan, dompet semua lah kena bukak dan letakkan dalam satu bekas untuk lalu dalam scan tu. Dia akan bergerak sendiri lah then korang kena lalu depa kan tangan bawah laluan imigresen tu. Kalau berbunyi diorang akan check body kita untuk pastikan takde apa apa barang terlarang. Dah settle, ambil semula barang dan boleh terus cari gate . Dekat boarding pass tu ada no gate kita. Macam kami no gate K22 . Memang jauh yaaa dia bagi. sebabtulah kalau boleh sampai satu jam awal . Kena macam kami yg first time ni, menggagau nak cari gate. Sebab KLIA 2 sangat sangat lah besar. Baynagkan cari gate pon dekat sejam haha. So masa sambil2 cari gate tu boleh la selfie selfie.
Comments
Post a Comment